Wednesday, April 28, 2010

SABAH & SARAWAK

Bidang kemahiran bukan lagi kelas kedua

KUCHING 28 April - Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengubah persepsi mereka terhadap bidang kemahiran yang sebelum ini dianggap sebagai pekerjaan kelas kedua.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah berkata, ibu bapa kini perlu menggalakkan anak-anak mengikuti program latihan kemahiran memandangkan ia berpotensi menjana pendapatan lumayan.

Menurutnya, ini kerana Sarawak yang sedang membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) menyediakan 69,000 peluang kerja peringkat pengurusan dan profesional manakala sejumlah 337,000 tenaga kerja mahir dan 143,000 jurutera serta juruteknik.

"Anak-anak tempatan yang berkelayakan harus meningkatkan diri dengan bidang kemahiran sekali gus merebut peluang untuk bekerja di Score yang menyediakan 10 industri utama.

"Sepuluh industri utama yang akan dibangunkan itu ialah aluminium, keluli, kaca, minyak, kelapa sawit, perikanan dan akuakultur, penternakan, pelancongan dan marin," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Ke-18 Politeknik Kuching di Stadium Perpaduan di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Larry Sng dan Pengarah Politeknik Kuching, Abdul Rahman Khalid.

Fatimah berkata, Score menawarkan banyak peluang pekerjaan yang memerlukan mereka yang berkemahiran dan bukan lagi alasan kepada masyarakat untuk beranggapan program latihan kemahiran hanya berstatus kelas kedua.

Sehubungan itu, beliau berharap kekosongan pekerjaan di Score dapat diisi oleh anak-anak tempatan yang memiliki kemahiran.

Tambahnya, pembangunan Score merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan untuk membangunkan wilayah tengah Sarawak dan mengubah negeri ini kepada sebuah negeri maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan amat komited untuk membangun dan memajukan negeri ini namun hasrat ini tidak akan tercapai tanpa sumber manusia berilmu dan berkemahiran bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Score," ujarnya.

Pada masa sama, Fatimah mahu Politeknik Kuching meningkatkan keupayaannya agar setanding dengan politeknik lain dalam usaha untuk mencapai status 'Politeknik Premier' dalam melahirkan tenaga kerja mahir.

Saturday, April 10, 2010

50% PELAJAR PERANCIS MENGIKUTI ALIRAN VOKASIONAL

UTUSAN MALAYSIA 08/04/2010


Sekolah vokasional Perancis dikaji


Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan UNESCO di Paris, semalam. - Bernama


PARIS 7 April - Kerajaan akan meneliti dan mempelajari pengalaman Perancis yang berjaya menarik 50 peratus daripada para pelajarnya mengikuti persekolahan aliran vokasional berbanding hanya 10 peratus di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, antara perkara yang bakal dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar di sekolah vokasional di Malaysia ialah mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap bidang tersebut sejak sekolah rendah atau menengah rendah.

Menurutnya, peningkatan jumlah pelajar daripada aliran vokasional amat penting untuk menampung keperluan negara pada masa depan berikutan penumpuan kerajaan pada masa ini terhadap sektor perindustrian berteknologi tinggi.

Jelasnya, hasrat Malaysia untuk bekerjasama dengan Perancis dalam bidang pendidikan khususnya berkaitan aliran vokasional itu disampaikan beliau semasa mengadakan kunjung hormat ke atas rakan sejawatnya, Luc Chatel di pejabatnya di sini semalam.

"Chatel memaklumkan bahawa di Perancis, kerajaan menyediakan sekolah-sekolah yang mencukupi untuk menampung kemasukan 50 peratus daripada keseluruhan pelajar-pelajarnya dalam sekolah aliran vokasional bagi memastikan tenaga kerja separuh mahir dan mahir dapat disediakan untuk sektor industri.

"Di Malaysia, bukan sahaja peratusan pelajar vokasional kita masih kecil iaitu 10 peratus malah kemudahan dan kelengkapan pembelajaran untuk pendidikan berasaskan kemahiran di sekolah berkaitan perlu ditambah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pada masa ini kebanyakan pelajar di Malaysia masih kurang berminat memasuki sekolah-sekolah vokasional kerana ia masih dianggap sebagai sekolah menempatkan pelajar-pelajar yang tercicir dalam akademik semata-mata.

Sehubungan itu, tambahnya, Kementerian Pelajaran akan memantapkan sekolah-sekolah vokasional dan mengkaji untuk menambah lebih banyak sekolah aliran itu.

Menurutnya, ini bagi memastikan infrastruktur secukupnya disediakan terlebih dahulu sebelum Malaysia mencapai peratusan pelajar aliran vokasional yang tinggi seperti di Perancis.

"Kementerian akan memulakan usaha ke arah meningkatkan jumlah pelajar vokasional ini dengan mengenal pasti pelajar-pelajar yang kurang berminat dalam akademik bermula dari sekolah rendah atau tingkatan satu, dua dan tiga untuk dimasukkan ke aliran vokasional.

"Usaha menggalakkan dan memantapkan sekolah vokasional dalam sistem persekolahan penting untuk Malaysia memenuhi permintaan industri pada masa depan selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin memberitahu, Malaysia juga bercadang untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan negara ini bagi kerjasama melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam bahasa Perancis bagi keperluan mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa itu sebagai subjek pilihan.

Tambahnya, dalam pertemuan dengan Chatel semalam, turut dibincangkan adalah mengenai bagaimana melaksanakan pendidikan asas bermula dari prasekolah dan usaha mengurangkan buta huruf atau kegagalan menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M) di kalangan pelajar.

Menurutnya, kerjasama dalam bidang berkaitan dengan Perancis amat penting dalam usaha Malaysia mencapai matlamat setiap murid sudah menguasai 3M ketika berada dalam tahun tiga persekolahan.

"Chatel pula ingin berkongsi pengalaman dengan Malaysia dalam menyediakan sekolah berasrama berikutan cadangan Perancis untuk membuka sekolah-sekolah sedemikian bagi kemudahan anak-anak penduduk miskin di negara ini," katanya.

ULASAN:

1. Syabas dan tahniah diatas kesedaran yang ditunjukkan oleh Menteri Pelajaran!

2. Kerajaan dicadangkan menaik tarafkan kelayakkan untuk kemasukan ke-sekolah-sekolah vokasional demi untuk menarik minat pelajar-pelajar sederhana yang tidak mampu bersaing untuk mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan jangan sesekali menempatkan pelajar-pelajar yang bermasalah dan tercicir kerana ianya " counter productive" dan tidak akan menghasilkan keputusan yang dikehendakki.

3. Haruslah diingatkan bahawa kebanyakan pelajar di Malaysia masih kurang berminat memasuki sekolah-sekolah vokasional kerana ia masih dianggap sebagai sekolah menempatkan pelajar-pelajar yang tercicir dalam akademik semata-mata. Oleh itu perkara itu mesti diatasi dengan pengambilan pelajar-pelajar sederhana atau separuh pintar dan bukannya pelajar-pelajar yang langsung tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

4. Pengambilan pelajar-pelajar yang sebegitu akan menyebabkan kurangnya minat pelajar-pelajar yang sederhana pencapaian akademiknya untuk memasukki sekolah vokasional dan akibat merencatkan matlamat untuk menarik 50 peratus daripada pelajar untuk memasukki aliran vokasional.

5. Pengambilan pelajar yang bermasalah (pelajar-pelajar yang tercicir) hanya akan melahirkan pekerja yang bermasalah.



PENGUMUMAN Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap bidang vokasional dan teknikal seawal Tingkatan Satu harus disambut positif.

Pengumuman itu seharusnya memberi sinar kepada kelompok pelajar yang sederhana, yang kurang berkemampuan untuk cemerlang dalam bidang akademik semata-mata. Ianya seharusnya juga membuka ruang untuk pelajar-pelajar pintar yang meminati aliran teknikal dan vokasional.


Kerajaan seharusnya memberi perhatian yang kebanyakan pelajar pintar hampir 50 peratus meminati aliran teknikal dan vokasional. Tetapi dengan pengambilan pelajar yang tercicir, pelajar yang lemah menyebabkan pelajar-pelajar pintar yang tidak dapat memasukki Sekolah berasrama penuh seperti MARA, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Integrasi menyebabkan pelajar-pelajar pintar yang mencapai keputusan 5A dan 4A 1B memilih untuk berada disekolah harian biasa dan ini menyebabkan pecapaian akademik mereka menurun.

Jadi seharusnyalah pihak kerajaan menempatkan pelajar-pelajar UPSR yang mencapai keputusan 5A dan 4A 1B itu di sekolah vokasional dan teknikal. Dengan itu, kerajaan akan dapat menghasilkan seberapa ramai jurutera berbanding jika mereka belajar disekolah biasa yang menyebabkan sebahagian mereka kandas dalam perjuangan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.


Dengan kaedah pemilihan pelajar-pelajar 5A dan 4A 1B itu, pastinya hasrat kerjaan untuk melahirkan seberapa ramai tenaga kerja separuh mahir dan mahir serta professional akan dapai dicapai lebih mudah berbanding dengan pengambilan pelajar-pelajar yang pencapaian akademiknya amat rendah.


Lagipun pelajar-pelajar yang pencapaian akademiknya amat rendah, adalah merupakan pelajar-pelajar yang bermasalah dan sentiasa menimbulkan masalah kepada kedua ibubapanya, kepada para guru, kepada pihak sekolah dan menjadi pekerja yang bermasalah walaupun mempunyai kemahiran

Contohnya begitu banyak sekali penagih dadah yang mempunyai kemahiran tetapi kemahiran yang mereka ada digunakan untuk mencuri kabel elektrik, kabel telekom, mencuri aksessori kereta pelanggan, terlibat dalam kes pecah rumah dan sebagainya.

Seterusnya jika menjadi pengusaha bengkel, maka golongan yang bermasalah ini akan menjadi pengusaha bengkel yang bermasalah, tidak menepati janji, menipu dan sebagainya.


Sebaliknya jika pelajar golongan pertengahan yang diambil, maka ianya akan melahirkan pekerja yang mahir, yang memilikki sifat-sifat keperibadian yang berluhur tinggi dan mempunyai kreativiti yang tinggi. Hasilnya negara akan mampu menghasilkan teknologi yang tinggi, yang mana perkara ini adalah amat mustahil akan didapati menerusi pengambilan pelajar-pelajar yang bermasalah, pelajar-pelajar yang tercicir dan kurang disiplin.

Dengan pengambilan pelajar-pelajar sederhana yang mencapai keputusan UPSR 5A dan 4A 1B itu, pastinya cabaran kepada pegawai di kementerian tidaklah banyak untuk merangka strategi terbaik bagi memastikan hasrat kerajaan seperti diumumkan itu menjadi kenyataan.

Untuk itu, pihak terbabit wajar merangka dasar berkaitan kerangka yang harus dijadikan panduan untuk memastikan arah kecenderungan sebenar pelajar seawal Tingkatan Satu. Sebarang bentuk pelan tindakan yang hendak dilakukan di peringkat sekolah mesti didasarkan kepada tiga fasa, iaitu membina minat, membina kemahiran dan membina kerjaya.


Membina Minat - fasa ini mempunyai dua peringkat berbeza iaitu Peringkat 1 (Tingkatan Satu hingga Tiga) dan Peringkat 2 (Tingkatan Empat dan Lima). Membina minat seharusnya ditumpukan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menjurus kepada penerokaan minat pelajar antara lain menjadikan mata pelajaran Vokasional sebagai sandaran kecenderungan minat.

Pelajar harus diperkenalkan dengan bentuk pekerjaan dan kepentingannya berdasarkan keperluan negara meliputi tenaga kerja am, tenaga kerja mahir, tenaga kerja semiprofesional dan tenaga kerja profesional.

Dalam tempoh dari Tingkatan Satu hingga Tiga, pihak sekolah harus mengenal pasti pilihan bidang-bidang kemahiran yang diminati oleh pelajar-pelajar itu berdasarkan pencapaian akademik dan juga untuk menentukan aliaran yang diikuti oleh pelajar-pelajar itu semasa di Tingkatan Empat dan Lima nanti.


Kecenderungan dan pencapaian akademik yang dicapai oleh pelajar-pelajar itu semasa PMR dicadangkan diguna sebagai penentuan sama ada mereka akan memasukki aliran kemahiran vokasional atau aliran kejuruteraan.

Peringkat kedua membabitkan pelajar di Tingkatan Empat dan Lima. Fasa ini memerlukan penyediaan asas kemahiran kepada pelajar-pelajar vokasional berdasarkan kecenderungan dan minat pelajar-pelajar itu. Latihan amali berkaitan dengan bidang kemahiran yang dikehendakki itu amatlah penting di fasa ini.


Justeru itu, mereka perlu didedahkan kepada maklumat-maklumat yang perlu dan berkaitan dengan industri dan jenis kemahiran yang dikehendakki. Mereka juga harus dibekalkan dengan maklumat lengkap mengenai pelbagai institusi latihan kemahiran yang berkaitan dan kepelbagai an jurusan di institusi latihan kemahiran berkenaan untuk memudahkan mereka membuat pemilihan untuk menigkatkan kemahiran mereka selepas tamatnya persekolahn mereka di sekolah vokasional.


Ketika ini, ada lebih 250 ILKA di seluruh negara. Ini tidak termasuk institusi kemahiran lain seperti politeknik, kolej komuniti serta sekolah teknik dan vokasional. Dengan bilangan ILKA yang ada, negara seharusnya berupaya melahirkan lebih 50,000 belia berkemahiran setiap tahun dan ini mampu untuk menjadi galang ganti kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang membawa keluar wang negara yang dilaporkan mencecah RM18 bilion pada 2008.

Kepada pelajar-pelajar yang cemerlang pencapaian akademiknya semasa pepereksaan UPSR, maka adalah dijangka pelajar-pelajar itu akan memilih aliran teknikal yang membolehkan mereka mempelajari asas-asas kejuruteraan yang perlu seperti lukisan kejuruteraan, kejuruteraan bangunan, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan kimia, kejuruteraan pertanian dan sebagainya.


Dengan mempunyai kelayakkan asas kejuruteraan ini diperingkat SPM, maka amatlah mudah bagi pelajar-pelajar itu memilih bidang kejuruteraan yang menjadi pilihan mereka berbanding degan pelajar-pelajar biasa yang belajar di sekolah harian biasa.

Untuk makluman, bagi sekolah harian biasa hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja menawarkan subjek lukisan kejuruteraan dan tidak ada sebuah sekolah pun yang dapat menawarkan subjek kejuruteraan yang khusus seperti kejuruteraan bangunan, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan kimia, kejuruteraan pertanian dan sebagainya. Oleh itu adalah dicadangkan kerajaan membina lebih banyak sekolah menengah teknik untuk melahirkan lebih ramai jurutera bagi menampung keperluan negara.

xxxxx


RENCANA

Pelajar pendidikan vokasional mampu bergaji tinggi

INISIATIF Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadikan sistem pendidikan vokasional di Perancis sebagai model dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah sangat signifikan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Masyarakat sememangnya bukan sahaja memberi sokongan padu terhadap misi kerajaan untuk menambah jumlah peratusan pelajar aliran vokasional dan teknikal, tetapi menunggu bilakah kerajaan akan memertabatkan sekolah vokasional dan teknikal? Ini adalah kerana dengan dasar pengambilan pelajar yang kurang berupaya dari segi akademik, akan menyebabkan ibu-bapa teragak-agak untuk menghantar anak-anak mereka kesitu.


Sedangkan pelajar-pelajar yang kurang berupaya dari segi akademik pula sememangnya adalah terdiri dari kalangan pelajar-pelajar yang malas belajar dan tidak mahu berhijrah dari kampung halaman mereka. Sebab itulah, sambutan untuk mengikuti pelajaran di sekolah vokasional dan teknik amat dingin.


Tetapi sekiranya sekolah vokasional dan teknik dibuka untuk kalangan pelajar yang mencapai keputusan dalam UPSR sekurang-kurangya 3A, maka pastinya aliran vokasional mendapat sambutan hangat dari masyarakat.P engambilan pelajar kearah aliran vokasional sewajarnya berdasarkan bakat dan minat, bukannya hanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar yang tercicir dan pencapaia akademik yang lemah.

Dengan cara ini, pendidikan vokasional akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pelajar yang dipilih memasuki aliran tersebut adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang telah mencapai tahap kecemerlangan akademik yang memuaskan dan mempunyai kebolehan psikomotor.

Ini adalah kerana masyarakat sedar yang sekolah-sekolah vokasional dan teknik memberikan anak-anak mereka peluang mendapatkan kemahiran yang membolehkan anak-anak mereka mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan tetapi pada masa yang sama mereka tidak ingin anak-anak mereka bercampur dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Inilah hakikat yang mesti diketahui oleh pihak perancang, pihak kementerian dan pembuat dasar berkaitan dengan sekolah vokasional dan teknik. Oleh itu dasar pengambilan pelajar yang kurang berupaya dari segi akademik hendaklah dihentikan!


Percayalah dengan pengambilan pelajar-pelajar yang pencapaian akademiknya saderhana hingga baik pencapaiannya akan memudahkan kerajaan mencapai matlamat penubuhan sekolah-sekolah vokasional dan teknik.

Sokongan ibubapa kepada kerajaan juga akan turut meningkat, kerana menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar yang sedrhana pencapaian akademiknya iaitu 3A ataupun 4A sahaja yang tidak melayakkan mereka untuk memasukki sekolah-sekolah berasrama penuh seperti MRSM, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Integrasi dan lain-lain. Pastinya pelajar-pelajar yang menjadi graduan sekolah Vokasional dan teknik yang diangkat mertabatnya itu akan menjadi penyokong setia kerajaan seperti yang berlaku dan menjadi amalan bekas-bekas pelajar MRSM dan lain-lain.

Tetapi jika pengambilannnya hanya untuk pelajar-pelajar yang tercicir, maka tidak akan adanya pihak-pihak yang akan mengucapkan terimakasi kepada kerajaan se[perti mana yang berlaku sekarang ini. Tetapi jika hanya terbuka kepada pelajar-pelajar 4A ataupun termasuk 3A, maka ibubapa pelajar-pelajar yang terbabit amatlah bersyukur dan pastinya akan mengundi menyokong kerajaan.

Sebaliknya jika tidak ada, maka ibu bapa berkenaan akan menyalurkan anak-anak mereka untuk memasukki mana-mana sekolah agama yang meahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan pastinya merupakan tempat untuk melahirkan generasi pelapis penyokong kuat parti pembangkang.

Daripada segi infrastruktur, selain daripada Perancis, disarankan kerajaan melihat beberapa negara lain di Eropah dan Amerika. Ini kerana berdasarkan fakta sejarah pendidikan vokasional yang berdasarkan latihan, ia bermula di Switzerland pada tahun 1740-an dan berkembang pesat di AS pada 1800 hingga 1900. Begitu juga Jerman telah berjaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan professional yang cukup banyak. manakala di AS, terdapat negeri yang mendedahkan pendidikan vokasional di peringkat rendah dan fokus pendidikan vokasional mereka berteraskan pekerjaan.

Bagi sumber tenaga pengajar, kerajaan sebenarnya telah mempunyai modal insan yang ramai, berkemahiran dan berdaya saing. Ini kerana sistem pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran bukanlah asing di Malaysia, malah telah bermula sejak awal 1900-an lagi.


Pada masa ini, pelajar dan graduan aliran teknik, vokasional dan kemahiran dilahirkan antaranya dari Kementerian Sumber Manusia (Institusi Latihan Perindustrian), Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Lanjutan dan Institut Teknikal Jepun Malaysia ); Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Institut kemahiran Mara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Pusat Giat Mara); Kementerian Belia dan Sukan (Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara); Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Kolej Pertanian dan Institut Pertanian) serta institut pendidikan swasta seperti German Malaysian Institute dan Malaysia France Institute.


Dalam erti kata lain, Malaysia mempunyai modal insan yang mencukupi untuk menjadi tenaga pengajar dalam sistem pendidikan vokasional di negara ini.

Kalau dahulu, dalam konteks pelaksanaan PPSMI, kerajaan terpaksa melatih semula guru-guru dalam melaksanakan dasar tersebut, adalah diyakini kerajaan tidak lagi perlu melatih semula guru-guru sedia ada kerana institut pendidikan teknik dan vokasional seperti UTHM, UTM dan UPM telah pun melatih dan melahirkan guru-guru yang berketerampilan untuk mengajar pendidikan vokasional.

Dari segi kurikulum pula pelbagai agensi yang berkaitan dengan peningkatan produktiviti dan kualiti hendaklah dijadikan sebagai panel untuk memasukkan kurikulum seperti pengenalan kepada budaya-budaya kerja cemerlang seperti pengenalan keapada TQM, TPM, JIT, OJT, QCC, BENCHMARKING, KAIZEN, INNOVATION dan lain-lain. (Mungkin NPC dan Ketua pengarah JPA boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat lanjut)

Jika negara kita hanya mampu melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi tetapi tidak berkebolehan dari segi kreativiti dan innovasi, maka negra kita sampai bila-bila pun akan berada sebagai negara perindustrian kelas pengguna bukannya sebagai negara kelas pencipta.

Pengenalan kepada budaya-budaya kerja cemerlang ini adalah perlu untuk memastikan bahawa tenaga kerja diperkenalkan keapada konsep-konsep berkenaan pada peringkat awal remaja dan menjadikannya nya sebagi budaya kerja mereka semasa bekerja nanti


Aspirasi kerajaan dapat direalisasikan hanya dengan menambah kemasukan guru pelatih baru ke institusi-institusi pendidikan teknikal dan kami akan menyambutnya dengan inspirasi melahirkan guru profesional yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena glokal.

Oleh itu, adalah sangat tepat usaha kerajaan untuk meletakkan pendidikan vokasional berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pendidikan akademik.

xxxx